Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

2012-12-24 Mesyuarat Guru yang Pertama 2013

Mesyuarat guru yang pertama telah diadakan pada 24 Disember 2012 di Bilik Gerakan Baru. Mesyuarat ini adalah mesyuarat pertama sempena tahun 2013 dan juga mesyuarat pertama bersama Guru Besar baru, Tuan Haji Razali.

Bilik Gerakan ini dipindahkan dari bilik guru selepas diubah suai daripada bilik agama yang lama.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang hadir.


2012-12-21 Gotong-Royong untuk Penjualan Buku

Guru-guru SK St. Paul telah pun bersedia menyambut kedatangan sesi persekolahan 2013. Kami bergotong-royong bersedia untuk penjualan buku dan alat tulis. Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi kerjasama.





Surau SK St. Paul

SK St. Paul bakal mendapat surau. 

Sempena mendapat tandas baru, tandas lama telah diubah suai menjadi surau yang akan menggantikan bilik agama lama yang kecil. Bilik agama tersebut pula dijadikan bilik gerakan baru.




Kolam Ikan SK St. Paul

SK St. Paul bakal mendapat kolam ikan.

Berkat usaha guru Kemahiran Hidup, Enzik Zainal Abadin dengan kerjasama guru-guru dan peker-pekerja lain, sebuah kolam ikan sedang dalam pembinaan di sebelah bilik Kemahiran Hidup.










2012-11-09 Majlis Perpisahan Guru Besar

Guru Besar SK St. Paul, Puan Hajah Noraini binti Mohd Junid yang juga digelar sebagai Bonda oleh staff-staff SK St. Paul akan menamatkan perkhidmatan di SK St. Paul dan meneruskan tugas beliau di SK Seri Jaya, Batu Gajah, Perak. Majlis perpisahan untuk beliau diadakan pada 9 November 2012.

Bonda memberikan ucapan terakhir.


Bonda dan orang-orang kanan beliau.


Bonda bergambar kenangan bersama staff-staff SK St. Paul 2012.


Walaupun rasa keberatan untuk merelakan pemergian beliau, kami warga St. Paul tetap mendoakan yang terbaik untuk Puan Hajah Noraini di tempat bertugas yang baru. Jasa beliau terhadap SK St. Paul dan warga-warganya akan tetap dikenang, insyaALLAH.

2012-11-09 Upacara SETEM

Pada 9 November 2012 bersamaan hari Jumaat telah diadakan upacara SErah dan TErima Murid (SETEM). Upacara ini sebagai metafora yang melambangkan murid telah naik kelas untuk sesi tahun depan. Upacara ini melibatkan guru kelas bagi sesi tahun ini menyerahkan murid-muridnya kepada guru kelas tahun berikutnya, contohnya guru kelas tahun 1 menyerahkan murid-muridnya kepada guru kelas tahun 2 dan seterusnya. Puan Zubidah binti Musa, PK HEM mengelolakan upacara ini.

Upacara ini bukan semata-mata menyerahkan murid, tetapi juga menyerahkan segala tanggungjawab dan amanah untuk menjaga daan mendidik murid-murid tersebut. Walaupun guru kelas untuk tahun depan belum ditentukan, guru-guru kelas tahun ini memainkan peranan untuk menjayakan upacara ini. Guru-guru kelas juga memberikan sepatah dua kata, meluahkan perasaan sepanjang menjalankan tugas sebagai guru kelas bagi tahun ini dan menyatakan harapan mereka setelah murid-murid yang dianggap seperti anak sendiri itu naik kelas. Kemudian guru-guru akan bersalaman sesama sendiri diikuti dengan murid-murid yang bersalaman dengan guru kelas lama dan guru kelas baru.








Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan upacara yang menjadi tradisi khas St. Paul ini. Semoga tradisi yang unik ini akan diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.




Jurugambar:

Cik Nurshahrima

2012-11-08 Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah


Pada 8 November 2012 bersamaan hari Khamis, telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) dan Konvokesyen Prasekolah sesi 2012.

 

Hari Anugerah ini adalah bertujuan memberi penghargaan ke atas pencapaian murid-murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan pada hujung bulan Oktober yang lepas. Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada murid-murid yang memberi sumbangan kepada sekolah. Tokoh-tokoh dalam bidang tertentu juga dipilih seperti Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Membaca, Tokoh 1 Malaysia dan Tokoh Murid. Murid-murid yang dipilih merupakan murid yang boleh dijadikan contoh teladan kepada murid-murid lain.

Master of ceremony (MC) atau pengerusi majlis untuk Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini adalah Encik Wan Rahizul bin Wan Salleh dan Cik Khairunnisak binti Mior Aziz. Tahun ini merupakan tahun kedua untuk Cik Khairunnisak dan pengalaman sebelum ini memberi banyak kemudahan kepadanya untuk mempengerusikan majlis dengan baik sekali. Walaupun Encik Wan Rahizul baru pertama kali menjadi pengerusi majlis tidak menghalangnya memberikan yang terbaik. Gandingan mantap ini sesungguhnya melancarkan perjalanan perjalanan majlis dari mula hingga akhir. Tahniah dan terima kasih diucapkan.

Tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis adalah ADUN Parlimen Kampar, Dato' Lee Chee Leong tetapi beliau tidak dapat hadir kerana sedang bercuti. Beliau diwakili oleh pembantu khasnya, Encik Chang Gwo Chang. Encik Chang Gwo Chang menyatakan rasa gembiranya melihat kejayaan murid-murid di SK St. Paul dan berbesar hati memberi sumbangan untuk Pusat Sumber Sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Encik Chang Gwo Chang.


Encik Chang Gwo Chang juga turut sudi menjayakan Konvokesyen Prasekolah sesi 2012.



Majlis berhenti rehat dengan persembahan Action Song daripada 15 murid tahun 3 yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan Action Song sebelum ini. Kumpulan ini dibimbing oleh Cik Khairunnisak.


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pencapaian akademik.


Majlis berhenti rehat sekali lagi dengan persembahan Bicara Berirama oleh murid-murid tahap 2. Pasukan ini telah mewakili sekolah dalam pertandingan Bicara Berirama peringkat daerah dan mendapat tempat ketiga. Pasukan ini di bawah bimbingan Puan Norizam dan diketuai oleh adik Mohd Afiq bin Nurul Rashidi.


Adik Mohd Afiq bin Nurul Rashidi telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid untuk tahuh 2012. Pemilihannya adalah berdasarkan pencapaian beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum, sumbangan kepada sekolah dan sahsiahnya sebpanjang menjadi murid di SK St. Paul. Kejayaannya turut diraikan oleh ibu dan neneknya. Tahniah diucapkan


Persembahan terakhir adalah daripada murid-murid prasekolah yang mencuit hati penonton dengan kostum, gaya dan nyanyian mereka. Murid-murid ini dibimbing oleh guru prasekolah, Encik Mohd Shukri.



Selepas berakhirnya majlis, guru-guru dan staff sekolah menikmati jamuan yang disediakan.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Kovokesyen Prasekolah bagi tahun 2012. Sesungguhnya, dengan kerjasama semua pihak barulah majlis ini dapat berjalan dengan lancar.




Jurugambar:

Puan Zubidah

dan

Cik Elly Yuzreeza


2012-11-06 Jamuan Akhir Tahun Kelas

Selain sambutan Hari Lahir dan Hari Kanak-Kanak, jamuan kelas juga telah diadakan pada 6 November 2012 bersamaan hari Selasa. Jamuan ini dijalankan berasingan mengikut kelas masing-masing. Menu juga berasingan mengikut perancangan guru kelas masing-masing. Ada kelas yang makan KFC, ada kelas yang makan spageti, ada kelas yang makan nasi ayam, dan lain-lain. Kos untuk makanan adalah daripada tabungan kelas. 

Jamuan kelas ini diadakan ketika waktu rehat, selepas sambutan Hari Kanak-Kanak. Jamuan kelas dijalankan serentak setiap tahun untuk memudahkan pengendali kantin supaya tidak perlu menyediakan makanan pada hari tersebut. Jamuan untuk guru pula disumbangkan oleh kelas tahun 6.







2012-11-06 Sambutan Hari Kanak-Kanak

Pada 6 November 2012 bersamaan hari Selasa, SK St. Paul telah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Sambutan diadakan selepas majlis sambutan hari lahir. Hari Kanak-Kanak untuk tahun ini disambut dengan aktiviti sukan memandangkan murid-murid SK St. Paul sangat berminat dan aktif dalam aktiviti sukan.

Murid-murid yang lengkap berpakaian sukan dibahagikan kepada 3 kumpulan; 

Kumpulan 1: Prasekolah, tahun 1 dan tahun 2
Kumpulan 2: Tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 perempuan
Kumpulan 3: Tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 lelaki



KUMPULAN 1

Permainan: Galah Panjang 
Pengadil: Puan Zubidah

Murid-murid dibahagikan kepada 5 sepasukan. Terdapat 16 pasukan kesemuanya.












KUMPULAN 2

Permainan: Rounders
Pengadil: Cik Khairunnisak

Murid-murid dibahagikan kepada 5 sepasukan. Terdapat 12 pasukan kesemuanya. 







KUMPULAN 3

Permainan: Futsal
Pengadil: Encik Khairul Aznam

Murid-murid dibahagikan kepada 5 sepasukan. Terdapat 12 pasukan kesemuanya. 








Sambutan Hari Kanak-Kanak telah berjalan lancar. Semua murid bermain dengan gembira. Semua murid dibekalkan dengan sebiji burger dan air susu coklat. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staff SK St. Paul yang sama-sama berganding bahu menjayakan sambutan Hari Kanak-Kanak ini.



Jurugambar:

Cik Elly

2012-11-06 Sambutan Hari Lahir

Pada 6 November 2012, telah diadakan sambutan hari lahir bagi staff SK St. Paul yang lahir pada bulan November serta  murid-murid yang lahir pada bulan Oktober hingga Disember.

Hadiah kepada para staff adalah sumbangan Badan Kebajikan Pekerja dan Staff (BAKEPS) SK St. Paul. PK Kurikulum, Puan Seniyati mewakili Guru besar untuk menyampaikan hadiah hari lahir. Guru Besar tidak dapat menyertai sambutan ini kerana menghadiri mesyuarat.

Selamat ulang tahun kelahiran diucapkan kepada:

Cik Nurul Aida, guru j-QAF



Puan Ra'ayah, pengendali kantin sekolah



Kemudian, majlis diteruskan dengan sambutan hari lahir murid yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember.







Murid-murid lain sama-sama menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada kawan-kawan mereka.





Sambutan hari lahir murid ini adalah di bawah program Guru Penyayang. Semoga sambutan seumpama ini dapat menger

Cari