Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

2012-09-29 Pameran PSV & Kreativiti

Pada 29 September 2012 bersamaan hari Sabtu, telah diadakan Pameran PSV dan Kreativiti bertempat di Pondok Bacaan Sekolah, SK St. Paul. Pameran ini dianjurkan oleh Puan Seniyati @ Rahayah binti Daeng, PK Pentadbiran SK St. Paul di bawah Program Laman Ilmu.

Puan Seniyati telah bertungkus-lumus menghias Pondok Bacaan Sekolah dan dibantu oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6.

Pelbagai hasil kreativiti karya murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 di samping karya beliau sendiri telah dipamerkan.











Pameran PSV & Kreativiti ini dirasmikan oleh Puan Hajah Noraini binti Mohd Junid, Guru Besar SK St. Paul. Beliau turut mengambil peluang melihat air tangan Puan Seniyati dan murid-murid yang sangat berbakat dalam bidang seni.










Murid-murid lain turut berpeluang untuk mengunjungi pameran secara bergilir-gilir mengikut kelas. Mereka sangat kagum melihat karya yang sungguh indah dan menarik. Malah, ada murid yang menyimpan hasrat untuk menghasilkan karya yang menarik seperti yang dipamerkan.










Tahniah diucapkan kepada Puan Seniyati kerana berjaya mengadakan Pameran PSV & Kreativiti yang sungguh menarik. Selain dapat mencungkil bakat murid-murid, pameran ini juga dapat memupuk minat murid-murid lain terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Semoga dengan adanya pameran seperti ini, dapat menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan selain membuka mata murid-murid tentang keindahan seni kreativiti, insyaALLAH.





Jurugambar:

Puan Hajah Zubidah binti Musa
PK HEM

Cik Elly Yuzreeza binti Othman
Guru


2012-09-29 Raptai Sukan

Pada 29 September 2012 bersamaan hari Sabtu yang merupakan sekolah ganti sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas, telah diadakan raptai sukan yang melibatkan acara perbarisan dan sukaneka. Semua murid terlibat. Raptai bermula pada pukul 8 pagi. 

Semua murid termasuk murid prasekolah menyertai perbarisan mengikut rumah sukan masing-masing. Guru rumah sukan bertanggungjawab menyusun kedudukan murid.

Acara ini dikelolakan oleh setiausaha sukan, Encik Shukri.



Puan Zubidah, Penolong Kanan HEM, memainkan peranan sebagai penerima tabik hormat.





Walaupun cuaca panas terik, murid-murid tetap kelihatan bersemangat.


Selepas rehat, murid tahap 1 meneruskan pelajaran manakala murid tahap 2 melakukan latihan sukaneka.

Latihan ini  dikelolakan oleh Cik Elly dan dibantu oleh guru-guru rumah sukan yang bertanggungjawab menguruskan peserta. Selain itu, beberapa orang murid tahun 3 turut membantu menguruskan alatan.



Raptai berjalan dengan lancar. Diharapkan Kejohanan Sukan yang akan diadakan pada 6 Oktober 2012 juga akan berjalan dengan lancar, insyaALLAH. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang banyak memberi kerjasama. Majulah sukan untuk SK St. Paul...;)





Jurugambar:
Cik Elly Yuzreeza binti Othman

2012-09-27 Acara Akhir

Acara akhir telah diadakan pada 27 September 2012, Khamis, pukul 2.30 hingga 4.30 petang. Acara ini melibatkan murid tahun 3 hingga tahun 6 sahaja. Namun, ada murid tahun 6 yang tidak dapat menyertai kerana terlibat dengan ujian di sekolah agama. Acara yang mereka sertai akan diadakan pada hari Jumaat pagi.



Acara akhir ini melibatkan acara:



Lontar Peluru




Lompat Tinggi







Lompat Jauh



   





Jurugambar:
Puan Hajah Zubidah binti Musa
PK HEM

Latihan Sukan 2012

Sempena Kejohanan Sukan yang akan diadakan pada 6 Oktober 2012, SK St. Paul mengadakan sesi latihan sukan:

25 September 2012 
Selasa 
8.00 pagi - 10.00 pagi

26 September 2012
Rabu 
8.00 pagi - 10.00 pagi
2.30 petang - 4.30 petang

27 September 2012 
Khamis
8.00 pagi - 10.00 pagi




Tujuan latihan diadakan adalah untuk:

* Memilih murid untuk menyertai acara sukan

* Memberi latihan kepada murid yang terpilih




Sekitar latihan sukan


Murid menunggu giliran untuk berlatih acara lumba lari
       

Acara lumba lari

     

Murid bersedia untuk acara lari berganti-ganti 


Guru memberi arahan kepada murid untuk latihan acara sukaneka


Murid menunggu giliran untuk berlatih acara sukaneka




Jurugambar:
Puan Hajah Zubidah binti Musa
PK HEM

2012-09-16 Selamat Hari Malaysia



Warga SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Semoga keamanan yang dinikmati ini akan kekal selamanya, insyaALLAH.



P/S:  Isnin, 17 September 2012 merupakan cuti umum menggantikan 16 September 2012 yang jatuh pada hari Ahad.

2012-09-14 Majlis Khatam Quran, Sambutan Hari Lahir dan Sambutan Hari Raya

Pada hari Jumaat bersamaan 14 September 2012, telah diadakan 4 majlis di SK St. Paul.


Awal pagi, murid-murid yang lengkap berbaju raya berkumpul di tapak perhimpunan.



Majlis Khatam Quran diketuai oleh Encik Zainal Abadin bin Ahmad dan disertai oleh murid-murid yang telah khatam Quran dari kelas Tahun 5 dan Tahun 6.



Majlis diteruskan dengan sambutan hari lahir Guru Besar, Puan Hajah Noraini binti Mohd Junid dan murid-murid menyambut hari lahir pada bulan Mei hingga September. Acara memotong kek untuk murid-murid diwakili oleh murid-murid tahun 6 yang dipilih secara rawak.



Selepas menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah, murid-murid menikmati pula juadah yang dibawa oleh kawan-kawan mengikut kelas masing-masing.



Para jemputan dan staff juga menikmati jamuan yang telah disediakan.




Jurugambar: 
Puan Hajah Zubidah binti Musa
PK HEM 

2012-09-10 Majlis Mohon Restu Sempena UPSR

Pada hari Isnin bersamaan 10 September 2012 telah diadakan Majlis Mohon Restu untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR bermula 11 September 2012 hingga 13 September 2012. 

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid tahun 6 untuk meminta restu dan doa daripada guru-guru dan ibu bapa mereka agar ilmu yang diterima mendapat keberkatan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

Majlis dikelolakan oleh guru penyelaras tahun 6, Puan Umi Hasniza binti Nazri.

Selepas perhimpunan, Guru Besar SK St. Paul, Puan Hajah Noraini binti Mohd Junid memulakan majlis dengan memberi kata-kata aluan kepada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa yang hadir.




Antara ibu bapa yang sempat menghadiri majlis.




Majlis diteruskan dengan bacaan sajak oleh Penolong Kanan HEM, Puan Hajah Zubidah binti Musa yang mengiringi murid-murid tahun 6 bersalaman dengan guru-guru dan ibu bapa. 









Majlis berakhir pada pukul 8.30 pagi dan P&P diteruskan seperti biasa.

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir. Semoga restu yang diberi akan memberi keberkatan kepada kejayaan anak-anak kita. InsyaALLAH.



Jurugambar:

* Puan Hajah Zubidah binti Musa
PK HEM

* Cik Elly Yuzreeza binti Othman
Guru

* Nurain Athirah binti Samsul Kamal
Murid


Cari