Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

2012-10-26 Kem Membaca 1 Malaysia

Pada 22 hingga 26 Oktober 2012 merupakan Kem Membaca 1 Malaysia untuk semua sekolah-sekolah di Malaysia. Kem membaca ini adalah di bawah program Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan melibatkan semua murid.

Antara program-program sepanjang Kem Membaca ini adalah:
1. Membaca buku cerita secara individu dengan senyap
2. Bercerita di perhimpunan
3. Ulasan buku cerita
4. Kuiz










Dengan adanya program seperti kem Membaca 1 Malaysia ini diharapkan dapat memupuk minat membaca dalam diri murid, insyaALLAH.

2012-10-08 Sambungan Penyampaian Hadiah Temasya Sukan Tahunan kali ke-42

Pada 8 Oktober 2012 bersamaan hari Isnin, telah diadakan majlis penyampaian hadiah Temasya Sukan Tahunan kali ke-42. Majlis ini diadakan untuk menyempurnakan sesi penyampaian hadiah yang tidak dapat dilaksanakan semasa temasya sukan yang lepas akibat hujan lebat.

Majlis diadakan semasa perhimpunan rasmi mingguan. Cik Khairunnisak, guru bertugas mingguan telah mengacarakan majlis serba ringkas ini. Puan Hajah Noraini, Guru Besar SK St. Paul menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Juara keseluruhan bagu Temasya Sukan Tahunan kali ke-42 adalah rumah Merah yang diketuai oleh adik Mohd Ismi Nazreen bin Jismani di bawah bimbingan Ketua Guru Rumah Merah, Puan Norizam bin Mohamad.

Tempat kedua adalah rumah Biru, diikuti rumah Hijau dan rumah kuning.



Olahragawan dimenangi oleh adik Mohd Ismi Nazreen manakala olahragawati dimenangi oleh adik Farrah Najiha.



Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Warga SK St. Paul, Tg. Tualang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Temasya Sukan Tahunan SK St. Paul kali ke-42 ini. 

Majulah sukan untuk semua.

2012-10-06 Temasya Sukan Tahunan kali ke-42

Today is the day..........

Akhirnya masa yang dinanti tiba juga...

Welcome to 
\
Temasya Sukan Tahunan kali ke-42 SK St. Paul

Awal pagi lagi, murid- murid dan ibu bapa telah hadir. Guru-guru, para staff dan PIBG bertungkus-lumus membuat persiapan terakhir sebelum majlis bermula.


Juruacara majlis membetulkan skrip

Juruaudio membetulkan sistem audio.

AJK Hadiah menyusun hadiah-hadiah

Staff dan PIBG bekerjasama

Bahagian Peraduan Teka Kacang
Beli gula-gula berharga RM1.00 dapat satu penyertaan untuk meneka bilangan kacang.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk Peraduan Teka Kacang



Bermula jam 8.15 pagi setelah ketibaan tetamu kehormat, Encik Chang Gwo Chang, Pembantu Khas kepada ADUN Kampar, Dato' Lee Chee Leong.

Majlis bermula dengan perbarisan lintas hormat dimulai dengan rumah Merah, Kuning, Biru dan Hijau.





Selepas bacaan ikrar dan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Negeri Perak, Guru Besar SK St. Paul, Puan Hajah Noraini binti Mohd Junid memberikan ucapan.



Kemudian, tetamu kehormat, Encik Chang Gwo Chang pula menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Temasya Sukan Tahunan kali ke-42 SK St. Paul, Tg. Tualang.



Puan Hajah Noraini menyampaikan cenderamata kepada Encik Lee Gwo Chang sebagai tanda penghargaan.



Majlis diserikan dengan persembahan silat oleh murid-murid tahun 3, 4 dan 5 di bawah bimbingan Cik Nurul Aida binti Khairudin.



Encik Lee Gwo Chang turut menyampaikan hadiah untuk acara Lontar Peluru.



Perbarisan keluar



Setelah perbarisan keluar, acara pun dimulakan.

Senarai Acara

30 meter prasekolah lelaki 
30 meter prasekolah perempuan
30 meter Tahun 1 lelaki 
30 meter Tahun 1 perempuan
50 meter Tahun2 lelaki
50 meter Tahun 2 perempuan
50 meter Tahun 3 lelaki
50 meter Tahun 3 perempuan
80 meter Tahun 6 lelaki
80 meter Tahun 6 perempuan
80 meter Tahun 5 lelaki
80 meter Tahun 5 perempuan
80 meter Tahun 4 lelaki
80 meter Tahun 4 perempuan
4x30 meter Tahun 1 dan Tahun 2 lelaki
4x30 meter Tahun 1 dan Tahun 2 perempuan
200 meter Tahun 5 dan Tahun 6 lelaki
200 meter Tahun 5 dan Tahun 6 perempuan
4x100 Tahun 3 dan Tahun 4 lelaki
4x100 Tahun 3 dan Tahun 4 perempuan
4x100 Tahun 5 dan Tahun 6 lelaki
4x100 Tahun 5 dan Tahun 6 perempuan
Sukaneka prasekolah
Sukaneka Tahun 1
Sukaneka Tahun 2
Sukaneka Tahun 3
Sukaneka Tahun 4
Sukaneka Tahun 5
Sukaneka Tahun 6
Acara Kaum Ibu - Mencari barang
Acara Kaum Bapa - Tarik tali





Murid menunggu giliran menyertai acara.

 Murid yang mendapat hadiah.
Acara Tarik Tali untuk kaum bapa.





 Ibu-ibu yang hadir memberi sokongan kepada anak masing-masing.


Alhamdulillah, semua acara sempat dijalankan sebelum hujan yang turun ketika upacara penutup hendak dijalankan. Hadiah yang tidak sempat diberi akan disampaikan pada perhimpunan rasmi hari Isnin.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat:

Encik Chang Gwo Chang yang sudi hadir merasmikan majlis,
Penyelia Kokurikulum, Encik Mohamad Kamal yang juga belas PK Kokurikulum yang sudi hadir,
Para guru, staff dan PIBG yang bertungkus-lumus sebelum, semasa dan selepas majlis,
PK Kokurikulum, Encik Khairul Aznam bon Razali yang sudi hadir walaupun masih bercuti sakit,
Para ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan majlis,
Murid-murid yang bersemangat tinggi,
Cik Noor Fadhilah, bekas guru praktikum yang sudi hadir,
Bekas murid yang sudi hadir memeriahkan majlis,
dan kepada semua yang membekalkan doa demi kelancaran majlis ini.

Majulah sukan untuk SK St. Paul!!!




Jurugambar:

Cik Elly Yuzreeza binti Othman
Guru

Cik Elia Maisyarah binti Othman





2012-10-05 Raptai Penuh

Pada 5 Oktober 2012 bersamaan hari Jumaat, sehari sebelum berlangsungnya Temasya Sukan Tahunan kali ke-42 SK St. Paul, telah diadakan raptai penuh.

Pada hari ini, khemah-khemah untuk tetamu dan untuk murid-murid telah pun siap dipasang.

Seperti raptai sebelum ini, murid melakukan perbarisan lintas hormat dan perbarisan keluar.





Kemudian, raptai upacara penutup diadakan. Setiausaha Sukan, Encik Mohd Shukri bin Sulaiman memberikan taklimat kepada murid.




Murid juga turut diajar cara mengambil hadiah dengan bantuan PK Pentadbiran, Puan Seniyati @ Rahayah binti Daeng.



Semoga Tamasya Sukan Tahunan kali ke-42 esok berjalan dengan lancar, insyaALLAH.





Jurugambar:
Cik Elly Yuzreeza binti Othman
Guru



P/S: Para staff SK St. Paul, Tg. Tualang ingin mengucapkan terima kasih kepada PK Pentadbiran, Puan Seniyati @ Rahayah binti Daeng yang telah membelanja makan untuk menghargai usaha para staff yang bersusah-payah untuk menjayakan temasya sukan tahun ini. Semoga Allah memurahkan rezeki Puan Seniyati dan memberkati temasya sukan tahunan pada hari esok, insyaALLAH.





2012-10-04 Raptai Sukan Lagi

Pada 4 Oktober 2012 bersamaan hari Khamis, telah diadakan raptai sukan lagi bermula pukul 8 hingga 10 pagi. Semua murid dan guru terlibat. Tujuan raptai diadakan untuk memastikan perjalanan temasya sukan yang akan diadakan pada 6 Oktober 2012 kelak berjalan lancar.


Juruacara untuk temasya sukan kali ini adalah Puan Syuhada binti Md Zain dan Puan Rujitah binti Abu Bakar. Juruaudio pula adalah Cik Elly Yuzreeza binti Othman yang menggantikan Encik Wan Rahizul bin Wan Salleh yang menjalani kursus KSSR Tahun 3 Sains di SK Seri Jaya.




Raptai perbarisan disempurnakan oleh PK Pentadbiran, Puan Seniyati @ Rahayah binti Daeng dan PK HEM, Puan Hajah Zubidah binti Musa yang menerima lintas hormat daripada murid-murid SK St. Paul.

\

Cuaca yang tidak terlalu panas memudahkan raptai berjalan dengan lancar. Kami mendoakan supaya pada hari temasya nanti, cuaca baik seperti hari ini, insyaALLAH.



Jurugambar:
Cik Elly Yuzreeza binti Othman
Guru

2012-10-03 Raptai Sukan

Pada 3 Oktober 2012 bersamaan hari Rabu telah diadakan raptai sukan sebagai persediaan untuk Temasya Sukan Tahunan kali ke-42 SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Raptai bermula pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi serta melibatkan semua guru dan murid.

Selepas acara perbarisan, acara lari berganti-ganti telah diadakan.

Tahun 1 dan 2 = 4x30
Tahun 3 dan 4 = 4x100
Tahun 5 dan 6 = 4x100


Tujuan raptai untuk acara ini diadakan adalah untuk mengira masa acara berlangsung di samping memberi latihan kepada murid-murid terutama murid tahun 3 yang pertama kali menyertai acara 4x100 supaya acara ini akan berjalan lancar semasa temasya sukan berlangsung kelak.


Murid-murid yang menyertai acara ini berkumpul dan berbaris mengikut acara yang disertai.



Setiausaha sukan, Encik Shukri melakukan tunjuk cara bagaimana pelari pertama memulakan larian serta cara memberi dan menerima baton.



Walaupun sekadar latihan, murid-murid tetap berlari dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh.



Raptai pada hari ini berjalan lancar walaupun tidak sempat melakukan raptai penuh. Raptai akan bersambung pada keesokan hari.




Jurugambar:
Cik Elly Yuzreeza binti Othman
Guru SK St. Paul

2012-10-02 Latihan Sukaneka Tahap 1 & Prasekolah

Pada 2 Oktober 2012, telah diadakan latihan sukaneka untuk murid-murid tahap 1 dan prasekolah. Latihan diadakan pukul 8 pagi hingga 9.30 pagi.

Latihan dikelolakan oleh Cik Elly Yuzreeza dan dibantu oleh setiausaha sukan, Encik Shukri serta guru-guru rumah sukan yang menguruskan peserta masing-masing.

Murid-murid tahun 3 telah membantu memngambil dan menyusun alatan serta membantu membetulkan alatan sepanjang acara berlangsung. 





Latihan dimulakan dengan murid prasekolah, tahun 1, tahun 2 dan akhir sekali tahun 3. Guru-guru rumah sukan membantu menyusun kedudukan peserta dan memastikan peserta yang tidak cukup akan digantikan.

Taklimat ringkas diberikan oleh Cikgu Elly Yuzreeza untuk mengingatkan peserta supaya bermain mengikut peraturan.



Apakah yang murid-murid perlu lakukan?????



Stesen 1

Menarik bola menggunakan gelung.




Stesen 2

Lalu bawah tali




Stesen 3

Lompat gelung




Stesen 4

Lari zig zag




Stesen 5

Ambil bola dalam bakul




Stesen 6

Masukkan bola dalam baldi




Patah balik dengan melalui semua stesen.



Pass gelung pada rakan seterusnya





Peserta terakhir akan membawa baldi yang berisi bola ke garisan penamat



Murid-murid lain menunggu giliran sambil memberi sorakan pada peserta.




Acara sukaneka ini akan diadakan pada hari Temasya Sukan Tahunan ke-42 SK St. Paul,  6 Oktober 2012 bersamaan hari Sabtu. Semoga dengan adanya latihan seperti ini, acara ini akan berjalan dengan lancar, insyaALLAH. 




Jurugambar:
Cik Elly Yuzreeza binti Othman
Guru

Cari