Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

2013-10-05 Hari Kokurikulum dan Karnival 1 Murid 1 Sukan

   Pada 5 Oktober 2013, Unit Kokurikulum dan 1 Murid 1 Sukan SK St. Paul telah mengadakan Hari Kokurikulum dan Karnival 1 Murid 1 Sukan. Program ini melibatkan semua guru, staff dan murid-murid tahap 2. Beberapa aktiviti telah dirancang sempena hari tersebut.

Pada pukul 7.30, murid-murid telah berkumpul di tapak perhimpunan sekolah. Mereka bersarapan dahulu di kantin sekolah sebelum diberi taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.

Karnival 1 Murid 1 Sukan adalah aktiviti yang dirancang sempena Dasar I Murid 1 Sukan yang menggalakkan murid-murid menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Karnival ini diadakan untuk mempromosikan sukan dalam kalangan murid selain meningkatkan kecergasan dan perhubungan sesasama murid. Pertandingan Futsal diadakan untuk murid-murid lelaki manakala Pertandingan Bola Baling diadakan untuk murid-murid perempuan. Kedua-dua pertandingan bermula pada pukul 9 pagi. 

Pertandingan Futsal diadakan di Gelanggang Futsal Komuniti Tanjong Tualang. Pertandingan dikelolakan oleh Encik Mohd Shukri bin Sulaiman. Encik Khairul Aznam bin Razali dan Encik Zainal Abadin bin Ahmad dijemput sebagai pengadil. Sebanyak 12 kumpulan yang bertanding dalam pertandingan yang diadakan secara liga ini.

Pertandingan Bola Baling pula diadakan di padang sekolah. Pertandingan dikelolakan oleh Cik Elly Yuzreeza binti Othman. Cik Khairunnisak binti Mior Aziz dan Puan Aida binti Tahir dijemput sebagai pengadil. Sebanyak lapan kumpulan yang bertanding dalam pertandingan yang diadakan secara kalah-mati ini.




Pertandingan berhenti seketika pada pukul 10 untuk makan pagi. Kemudian, pertandingan peringkat separuh akhir dan pertandingan akhir diadakan. 

Pertandingan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Semua guru dan murid makan tengah hari di kantin sekolah. Kemudian, murid-murid diberi kesempatan membersihkan diri dan solat Zohor.


Pada pukul 2 petang, murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan. Encik Khairul Aznam memberikan demonstrasi mendirikan dan membuka khemah. Murid-murid turut diberi peluang untuk mencuba.

Aktiviti seterusnya adalah acara memasak mi segera berkumpulan. Murid-murid berkumpul mengikut kumpulan yang telah ditetapkan sebelum ini. Mereka diberi taklimat ringkas oleh Encik Khairul Aznam. Kemudian, mereka membawa alatan memasak yang dibawa dari rumah ke lokasi memasak iaitu di tepi padang sekolah. Bahan-bahan yang disediakan oleh pihak sekolah telah diagih-agihkan sama banyak pada setiap kumpulan. Semua guru bertindak sebagai fasilitator untuk memantau dan memastikan keselamatan murid semasa memasak.


Setelah mi segera siap dimasak, murid-murid makan bersama-sama dalam kumpulan. Guru juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati hasil masakan murid-murid.



 Setelah selesai semua aktiviti, semua murid dan guru berkumpul di kantin. Ucapan penutupan diberikan oleh PK Kokurikulum, Encik Khairul Aznam. Kemudian, PK Pentadibiran, Puan Seniyati telah menyempurnakan sesi penyampaian hadiah.

Keputusan Pertandingan Futsal
Tempat pertama: Kumpulan 2
Tempat kedua: Kumpulan 1
Tempat ketiga: Kumpulan 5

Keputusan Pertandingan Bola Baling
Tempat pertama: Kumpulan F
Tempat kedua: Kumpulan C
Tempat ketiga: Kumpulan H








Alhamdulillah, Hari Kokurikulum dan Karnival 1 Murid 1 Sukan SK St. Paul 2013 telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua guru, staff dan murid-murid yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakannya. Semoga program seperti ini akan diadakan lagi tahun depan.



Lensa:
Puan Seniyati
Cik Elly
Syamsina

2013-09-06 Kunjungan Mantan Guru Besar, Puan Hajah Noraini

Pada 6 September 2013, mantan Guru Besar SK St. Paul, Puan Hajah Noraini binti Junid telah melawat ke SK St. Paul. Selain melawat surau yang dibina atas inisiatif beliau, beliau sempat memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada calon-calon UPSR SK St. Paul.






 




Terima diucapkan kepada Puan Hajah Noraini atas ingatan dan kunjungan beliau. Semoga kehadiran beliau dapat memberikan semangat dan perangsang kepada calon-calon UPSR SK St. Paul, insyaALLAH. Datanglah berkunjung lagi ke sini. Kami di SK St. Paul sentiasa mengingati dan menanti kedatangan Puan Hajah.



Lensa: Puan Seniyati

2013-08-26 Teknik menjawab Soalan Bahasa Inggeris

Pada 26 Ogos 2013, telah diadakan Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris Tahun 6. Penceramah yang dijemput adalah Guru Cemerlang Bahasa Inggeris dari SK Sultan Yussuf iaitu Encik Ramanitaram A/L Kassi. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu dengan murid-murid Tahun 6 SK St. Paul.



Lensa: Puan Seniyati

2013-08-24 Jamuan Hari Raya + Sambutan Hari Lahir

Pada 24 Ogos 2013, SK St. Paul telah mengadakan Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Lahir Murid Lahir Bulan 5, 6, 7 dan 8.

 





Lensa: Puan Zubidah

2013-08-02 Majlis Prihatin

Pada 2 Ogos 2013, Majlis Prihatin telah diadakan sempena berakhirnya Program Ihya' Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis diadakan di kantin sekolah dan melibatkan semua guru, kakitangan sekolah dan murid.

Semua warga St. Paul berkumpul di kantin sekolah pada pukul 11 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar. Kemudian, majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada anak yatim, pemberian sagu hati kepada peserta tadarus sempena bulan Ramadhan dan pemberian duit raya kepada semua murid. Duit raya disumbangkan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah.

 



Majlis diakhiri dengan sesi bersalam di antara murid dan guru.

 

Guru-guru dan kakitangan sekolah juga tidak melepaskan peluang bersalam-salaman serta mengambil gambar kenangan.



Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk majlis ini terutama kepada PK HEM, Puan Zubidah, Panitia Agama Islam, guru-guru dan kakitangan sekolah. Semoga majlis seperti ini akan menjadi tradisi St. Paul setiap tahun.



Lensa: Puan Zubidah

2013-07-20 Perjumpaan Pertama Alumni SK St. Paul

Perjumpaan pertama Alumni SK St. Paul telah diadakan pada 20 Julai 2013. Bekas-bekas murid SK St. Paul telah pun mengisi borang pendaftaran semasa Temasya Sukan Tahunan yang lepas. Pada perjumpaan pertama ini, mereka membincangkan tentang aktiviti yang dijalankan. 







Lensa: Puan Hajah Zubidah

2013-07-20 Perjumpaan Ibu Bapa Bersama Guru Besar

Pada 20 Julai 2013, telah diadakan ibu bapa bersama Guru Besar SK St. Paul. Perjumpaan ini diadakan untuk membincangkan penglibatan murid-murid dalam program sekolah yang terbaru iaitu seni tarian, rebana dan boling padang. Murid-murid yang berminat telah mengisi borang pendaftaran. Ibu bapa mereka dipanggil pada hari ini untuk diberi pendedahan tentang aktiviti yang bakal disertai oleh anak mereka selain membincangkan peranan ibu bapa dalam memberi sokongan kepada anak-anak mereka. 



Lensa: Puan Hajah Zubidah

2013-07-20 Teknik Menjawab Soalan Sains

Pada 20 Julai 2013, telah diadakan Teknik Menjawab Soalan Sains. Puan Kamsiah dari SK Tanjong Tualang, Perak telah dijemput untuk memberikan tips dan panduan kepada bakal calon-calon UPSR tahun 2013 untuk menjawab soalan Sains dengan mudah dan mendapat markah yang cemerlang.







Lensa: Puan Seniyati

2013-01-29 Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013 telah diadakan pada 29 Januari 2013. Majlis ini dirasmikan oleh wakil rakyat Don Tualang Sekah, YB Nolee Asyikin.

















Ruang Sakit SK St. Paul

SK St. Paul telah pun mempunyai bilik sakit. Walaupun ruangnya kecil memandangkan tiada ruang tambahan di sekolah ini, namun bakal menyediakan keselesaan untuk dijadikan temoat berehat murid-murid yang kurang sihat ketika berada di sekolah.

 Ruang ini diambil di satu sudut di bilik guru.

Guru-guru bekerjasama membersihkan ruang untuk dijadikan bilik sakit.



Katil dan tilam disumbangkan oleh keluarga seorang murid di sekolah ini. Terima kasih diucapkan.



Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang bekerjasama menyediakan ruang sakit ini.



2013-01-12 Majlis Tambatan Kasih BAKEB'S 2012

Pada 12 Januari 2013, telah diadakan Majlis Tambatan Kasih BAKEB's 2012. Majlis ini diadakan sempena perpisahan dengan guru-guru dan kaki tangan yang tidak lagi berkhidmat di SK St. Paul.

Guru Besar, Puan Noraini
Guru, Encik Zulkifli
Guru, Puan Rosidah
Staff, Encik Hamid
Staff, Puan Fauziah

Jasa kalian akan tetap kami kenang.


Terima kasih diucapkan kepada jawatan kuasa majlis dan tetamu-tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini.

Cari