PENGENALAN
Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah
semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali
murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada
akhir tahun 2012.
Pernyataan NKRA tersebut
menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat
dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal
pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi,
supaya diagnosis dapat dijalankan
tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana
pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk
menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan
rendah.
Lembaga Peperiksaan (LP)
telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan Instrumen Saringan. Tujuan penghasilan
instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak
menguasai asas Literasi dan Numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah di Malaysia.
Instrumen Saringan Literasi
dan Numerasi (Literacy dan Numeracy
Screening atau LINUS) direka bentuk
berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi sejajar dengan defenisi yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua instrumen saringan
mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan
kedalaman kandungan.
FASA PELAKSANAAN
Tiga saringan LINUS , iaitu Saringan 1, Saringan
2 dan Saringan 3 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 1, tahun 2012.
Saringan 4, Saringan Khas (Tahun 2) dan Saringan
6 pula akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 2, 2012.
Saringan Khas (Tahun 3), Saringan 8 dan Saringan
9 pula dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 3, 2012.
JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN LITERASI DAN NUMERASI BAGI TAHUN 2012
AKTIVITI
|
SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4
|
SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8
|
SARINGAN 3, SARINGAN 6 DAN SARINGAN 9
|
Saringan Membaca
|
27 Februari – 31 Mac
|
17 Jun – 13 Julai
|
23 Sept – 12 Okt
|
Saringan
Menulis
|
3 April – 8 April
|
15 – 20 Julai
|
14 Okt – 19 Okt
|
Memasukkan Data Saringan
|
11 April – 22 April
|
23 Julai– 3 Ogos
|
22 Okt – 2 Nov
|
PENTADBIRAN
1
Instrumen Saringan Literasi mengandungi 12 konstruk.
2
Instrumen ini ditadbir oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan.
3
Instrumen Saringan Literasi Membaca ditadbir secara individu atau kumpulan
kecil (tidak melebihi 3 orang murid).
4
Instrumen Saringan Literasi Menulis pula ditadbir secara kelas.
5
Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.
6
Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir
mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid dalam Saringan Literasi Membaca
sahaja.
7
Dicadangkan guru duduk bersebelahan dengan murid ketika pentaksiran Saringan
Literasi Membaca dilaksanakan.
KAEDAH PELAKSANAAN
Kedua-dua Instrumen Saringan
Literasi, iaitu Instrumen Saringan Literasi Membaca dan Instrumen Saringan
Literasi Menulis dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Instrumen saringan berserta
manual pengendaliannya disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah dalam bentuk
CD.
Proses
saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung
tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
PROSES PEMANTAUAN
Pegawai-pegawai dari
Kementerian Pelajaran Malaysia, yang diketuai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), akan
menjalankan pemantauan dan pemeriksaan pelaksanaan Program LINUS di sekolah
dari semasa ke semasa.
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PEMBINAAN INSTRUMEN
SARINGAN
Antara aspek penting yang diberi penekanan dalam
proses perekaan bentuk saringan ialah:-
Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara, iaitu
relevan dan cakupan. Pereka bentuk instrumen saringan ini telah memastikan
semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang
telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item
yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta
mempunyai ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras
kesukaran, konteks dan situasi.
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua
perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk
bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam
pembinaan instrumen. Hal ini untuk memastikan ketetapan instrumen saringan.
Kebolehlaksanaan
Instrumen Saringan Literasi membaca dan menulis
ini telah mengambil kira semua aspek bagi memastikan pentadbiran pentaksiran
boleh dilaksanakan.
Penjamin Kualiti
Instrumen saringan ini telah mengambil kira
keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme bukan sahaja semua 12
konstruk dapat direalisasikan tetapi juga menepati kualiti yang dihasratkan.
BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU
1 Pentaksir hendaklah melengkapi Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)
dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran dijalankan.
2
Borang pelaporan penguasaan individu mengandungi 12 konstruk.
3 Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab item
dalam Saringan Literasi membaca dan Saringan Literasi menulis.
LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
NUMERASI
Keupayaan untuk mengenal dan menulis angka, melakukan pengiraan serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata
wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik
dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
dan sebaliknya
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan
ukuran panjang
No comments:
Post a Comment