Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK AZAHARI BIN CHE IN

 19 OGOS 2020

Majlis perpisahan En. Azahari bin Che In selaku mantan PK Pentadbiran SKSP...Kenangan bersama beliau memang sukar untuk dilupakan. Moga cikgu Azahari akan dapat menabur bakti pula di sekolah baru...


Ucapan En Azahari bin Che In


Ucapan Tuan Guru Besar Encik Mohd Safri bin Abdul Raffar mewakil semua guru dan kakitangan


Cenderahati sumbangan Kelab Guru 




Cenderahati daripada Cikgu Zainal Abadin dan rakan-rakan 


Cenderahati daripada Cikgu Aida


Cenderahati sumbangan Cikgu Rozinah


Cenderahati sumbangan Ustazah Aisah


Rasa sayu terpancar di wajah rakan guru semua..


Jamuan makan pun perlu mengikut SOP waktu  PKPP ini ..


Selamat menjamu selera...


PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

 15 JULAI 2020 DAN 22 JULAI 2020

Jom ke sekolah...Selamat datang anak-anak Tahun 1 hingga Tahun 6. Ingat patuhi SOP, jaga jarak jaga kebersihan ..#kitajagakita#


Kehadiran murid pada hari ini diselia oleh Inspektor Mustaza 


Murid diambil suhu badan terlebih dahulu sebelum dibenarkan memulakan sesi pembelajaran


Taklimat ringkas oleh Tuan Inspektor Mustaza tentang keselamatan ketika PKPP ini


Murid rehat di dalam kelas atas selian guru... Selamat menjamu selera..


Ingat murid-murid walaupun di mana pastikan SOP dijaga..


PEMBUKAAN SEMULA KELAS PRASEKOLAH

 01 JULAI 2020

JOM KE SEKOLAH ANAK-ANAK PRA...

Selamat datang semula ke sekolah anak-anak pra. Kita sama-sama bantu anak-anak comel ini untuk patuhi SOP... moga segalanya berjalan lancar.... #kitajagakita# 




Lawatan pemantauan pembukaan semula prasekolah oleh Tuan Haji Hassan Azahari bin Yunus pegawai SIP+ PPD Kinta Selatan




Murid akan diambil suhu badan dan mencuci tangan terlebih dahuu sebelum bergerak ke kelas prasekolah


Ingat anak-anak jaga jarak jaga kebersihan ...


Susunan yang mengikut SOP dalam kelas prasekolah




Guru-guru SKSP bergambar bersama Tuan Haji Hassan Azahari sebelum memulakan  tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami... #kitajagakita#


Cari