Pada 1 November 2012 bersamaan hari Khamis, Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan SK St. Paul, Tg. Tualang telah mengadakan ujian SEGAK. Ujian ini melibatkan semua murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
SEGAK merupakan singkatan daripada Standard Kecergasan Fizikal. Ujian ini bertujuan mendapatkan data kecergasan murid-murid tahap 2 sekolah rendah. Data yang diperolehi akan dianalisis oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dan dihantar ke Jabatan pelajaran Negeri (JPN). info
Guru-guru yang terlibat adalah:
Cik Elly Yuzreeza binti Othman - Ketua Panitia
Encik Khairul Aznam bin Razali - Setiausaha
Encik Zainal Abadin bin Haji Ahmad
Cik Khairunnisak binti Mior Aziz
Encik Wan Rahizul bin Wan Salleh
Murid-murid perlu menjalani aktiviti di 4 stesen mengikut urutan yang dikelolakan oleh guru Pendidikan Jasmani iaitu:
Stesen 1: Naik turun bangku
Stesen 2: Tekan tubi separa
Stesen 3: Bangkit tubi separa
Stesen 4: Jangkauan melunjur
Alhamdulillah, ujian ini telah berjalan lancar. Panitia Pendidikan Jasmani ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak pentadbir, guru-guru Pendidikan Jasmani, Encik Wan Rahizul, guru data yang sudi membantu, guru-guru lain yang sudi menggantikan kelas guru-guru Pendidikan Jasmani serta murid-murid yang memberikan kerjasama sepenuhnya.
Untuk makluman, data SEGAK telahpun dihantar ke PPD dan JPN dengan kerjasama Encik Khairul Aznam, Encik Wan Rahizul, Encik Zainal Abadin, Cik Elly Yuzreeza dan Puan Norhayati (PT).
Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.
Buletin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment