Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

SEJARAH DAN MAKLUMAT

SEJARAH SK ST. PAUL

1957 - Sekolah telah dibuka oleh Reverend Father Jaurequny di atas sebidang tanah No. Lot 160, Mukim Tanjong Tualang, Daerah Kinta dengan keluasan 2 ekar 1 rod 38 pol, dengan hanya satu buah bilik darjah.

1960 - Perasmian sekolah dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) St. Paul's.

1967 - Bilangan bilik darjah ditambah menjadi 6 buah berikutan penambahan bilangan murid menjadi melebihi 300 orang. Sekolah mula dijalankan dalam 2 sesi dengan tahun 1, 4 dan 5 di sebelah pagi.

1968 - Sekolah ini telah diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 28 Disember 1968 dengan rujukan S.K.P. (I) 5222/57:P.T.K. 1523/53, di bawah jagaan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan dirizabkan sebagai tapak untuk kegunaan pelajaran.

1976 - Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan St. Paul, Tanjong Tualang.

1986 - Pejabat Daerah Batu Gajah telah mengubah suai sebuah bangsal basikal lama untuk dijadikan 3 buah bilik darjah tambahan. Pihak PIBG sekolah pula telah mengubah suai sebahagian daripada kantin untuk dijadikan sebuah lagi bilik darjah. Penambahan kemudahan ini telah membolehkan semua murid sekolah ini belajar pada satu sesi pagi sahaja dalam 12 bilik darjah.

1994 - Kerajaan telah membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang, yang dapat menempatkan 6 bilik darjah, bilik sains dan kantin.

1995 hingga 1997 - Sekolah menerima Akuan Janji Sekolah Bantuan Modal sebanyak RM150,000.00 dari Kementerian Pendidikan yang digunakan untuk menggantikan dua blok usang yang terakhir dengan pembinaan satu blok bilik-bilik pentadbiran dan satu blok 3 bilik darjah untuk digunakan sebagai bilik guru, bilik amali Pendidikan Islam dan perpustakaan.

Akhir tahun 1990an hingga awal tahun 2000 - Berlaku penutupan industri perlombongan bijih timah yang merupakan sumber ekonomi penduduk tempatan yang menyaksikan perpindahan keluar murid-murid sekolah ini. Bilangan murid sekolah ini menjadi lebih kurang 200 orang.

10 Ogos 2006 - Sekolah telah diiktiraf sebagai sekolah kerajaan sepenuhnya.

01 Januari 2007 - Pendidikan Prasekolah telah dimulakan di sekolah ini.

2009-2010 - Sekolah menerima Bajet Rangsangan Ekonomi dan menaik taraf Bilik Gerakan, Tapak Perhimpunan, pembinaan Kedai Buku / Bilik ABM dan Bilik Peralatan Sukan, Built-in Cabinet di Bilik Guru serta baik pulih kerosakan kecil seluruh bangunan sekolah.

Oktober 2009  - Sekolah menerima kontrak kerajaan bagi Khidmat Kawalan Keselamatan Swasta.

Januari 2010 - Sekolah menerima kontrak kerajaan bagi Khidmat Pembersihan Sekolah.

2011 - Sekolah menerima projek NKRA Tandas dan peruntukan komputer KPM.

2012 - Tandas NKRA siap dan boleh digunakan oleh warga sekolah. Pembinaan Bilik Agama dan Bilik Gerakan. Menerima peruntukan PPD membaiki longkang, gril bilik-bilik khas serta Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
- Puan Hajah Noraini binti Junid (Guru Besar SK St. Paul) bertukar ke SK Seri Jaya Batu Gajah. Haji Razali bin Zakaria telah ditugaskan sebagai Guru Besar SK St. Paul.

2013 - Sekolah telah mendapat tiga buah pendingin hawa sumbangan PIBG SK St. Paul. Ini menjadikan bilik komputer lebih kondusif bagi tujuan PdPc dan mesyuarat. Sekolah juga mendapat sumbangan YAB Menteri besar melalui tabung PIBG untuk kelab guru dan PIBG berjumlah lebih seribu ringgit. Dengan wang ini, dapatlah PIBG dan kelab guru menjalankan aktiviti untuk faedah kedua-dua badan ini. Pihak sekolah merakamkan terima kasih atas sumbangan YAB Menteri Besar.

2014 - PIBG menerima sumbangan sebanyak seribu ringgit Malaysia daripada YB Norlee Ashilin ADUN kawasan Tualang Sekah. Sumbangan ini dapat membantu PIBG melaksanakan program tahunannya.
- Mendapat Sijil Audit Tanpa Teguran - Pengurusan Kewangan Cemerlang Tahun 2014.

2015 - Sekolah menerima Anugerah lonjakan Saujana UPSR daripada JPN perak kerana peningkatan UPSR tiga tahun berturut-turut.

2016 - Tuan Haji Razali bin Zakaria telah menerima Anugerah Kepimpinan ICT daripada JPN Perak kerana berjaya melonjakkan sekolah dalam Program FrogVLE sekolah.
- Keputusan UPSR 2016 telah meningkat dari 73.81% kepada 81.25% dan merupakan peningkatan UPSR untuk tahun yang keempat.

2017 - Sekolah berjaya dalam pertandingan Anugerah Amalan Tandas Sekolah Perak Yang Bersih Peringkat Negeri perak 2017 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan mendapat penarafan 5 bintang Kategori Sekolah Rendah.
- Tuan Haji Razali bin Zakaria, Guru Besar SK St. Paul telah dianugerahkan Pingat Penghormatan Guru sempena Hari Guru Peringkat Daerah Kinta Selatan Tahun 2017.
- Sekolah telah mendapat satu sistem saliran paip air yang baharu menghubungkan punca air paip terus ke kantin sekolah.
- Sekolah telah mendapat pagar baharu bahagian belakang sekolah sepanjang 100 meter dengan kos RM 14,961.00 termasuk cat pintu pagar utama sekolah.
- Sekolah telah dapat membaiki tangki air yang bocor dengan sumbangan PIBG RM600 dan peruntukan kerajaan sebanyak RM1000.00.

2018 – Tuan Haji Razali bin Zakaria telah bersara dan Encik Mohd Kamal bin Wahidin melaporkan diri sebagai Guru Besar baru SK St. Paul.

2019 – Sekolah telah menerima peruntukan dari PPD untuk pembinaan pagar baru dan tangki air.





Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara rakyat Malaysia yang berilmu, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Teras Perkhidmatan

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
Bekerjasama dengan membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.


Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.


Etika Kerja Islam

Bekerja dengan azam mengabadikan diri kepada Allah.
Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
Bekerja dengan semangat dan gotong-royong dan berpadu fikiran.
Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.


Misi Sekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Moto / Cogan Kata Sekolah

BERILMU BERBAKTI


Matlamat Strategik

1.   Memastikan guru-guru mempunyai kemahiran PdPc yang mencukupi.
2.   Memantau proses PdPc bagi memastikan pendidikan berkualiti sepanjang masa.
3.   Memastikan murid tahap 1 akan menguasai 3M.
4.   Berusaha untuk melengkapkan prasarana sekolah yang kondusif untuk warga sekolah.
5.   Berusaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik dalam peperiksaan UPSR.
6.   Mengadakan kerjasama yang harmonis dengan komuniti untuk membantu peningkatan akademik.
7.   Memastikan semua murid dan guru terlibat dalam bidang kokurikulum.
8.   Mengadakan pelbagai program ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang positif melalui program-program yang diatur.
9.   Berusaha meningkatkan perpaduan yang erat di kalangan murid.
10. Mewujudkan kesepakatan yang baik antara pihak sekolah dan komuniti setempat.
11. Memastikan murid-murid mendapat setiap hak yang disediakan oleh kerajaan mengikut kelayakan mereka.


Bagi melaksanakan matlamat di atas, pihak sekolah melalui bidang tugas masing-masing akan melaksanakan:


Pengurusan Sekolah:

*  Menjayakan gagasan 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
*  Memantapkan pengurusan berkualiti ke arah Sekolah Perkasa.
*  Melaksanakan pembangunan sumber manusia berteraskan ilmu, iman, dan amal.
*  Memantapkan pengurusan sekolah sebagai "Pemimpin Instruksional" yang cekap dan berkesan.
*  Menguruskan infrastruktur dengan cekap dan berkesan bagi melaksanakan konsep Sekolah Selamat.


Pengurusan Akademik:

*  Meningkatkan kecemerlangan peperiksaan UPSR.
*  Meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid melalui penguasaan LINUS.
*  Memantapkan pelaksanaan Dasar MBMMBI.
*  Meningkatkan penguasaan TMK.
*  Meningkatkan ketrampilan murid.
*  Meningkatkan penguasaan ilmu dengan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.


Pembangunan Sahsiah:

*  Mengukuhkan pembudayaan adab warga sekolah.
*  Memantapkan disiplin murid sekolah.
*  Memantapkan perpaduan warga sekolah.
*  Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah.
*  Mengukuhkan pembentukan jati diri warga sekolah.
*  Meningkatkan penglibatan keluarga dan masyarakat dalam pembentukan sahsiah warga sekolah.


Pengurusan Kokurikulum:

*  Mempertingkatkan kompetensi pengurusan kokurikulum.
*  Mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan melalui Dasar Satu Murid Satu Sukan.
*  Menanamkan sikap positif, nilai murni dan membangkitkan semangat patriotik dan perpaduan antara kaum secara berterusan.
*  Meningkatkan aktiviti penyelidikan bagi tujuan memperkaya ilmu dan keepimpinan dalam bidang kokurikulum.
*  Meningkatkan penggunaan infrastruktur kokurikulum kepada warga sekolah.


Pengurusan Sukan:

*  Mewujudkan peluang untuk murid mengembangkan bakat sukan.
*  Mewujudkan budaya saing secara sihat, memupuk nilai kerjasama serta membangkitkan semangat patriotik dan perpaduan secara berterusan.
*  Mengembangkan bakat dan potensi murid atlit ke peringkat yang lebih tinggi.
*  Meningkatkan ilmu kemahiran di kalangan pengurus dan pemimpin sukan.
*  Meningkatkan kuantiti dan kualiti infrastruktur sukan.
*  Menghargai segala pengorbanan dan sumbangan murid atlit dan pemimpin sukan.



Matlamat Berfokus Sekolah


1. Semua murid tahun 1 akan boleh membaca dalam tempoh 6 bulan.
2. Semua murid tahun 3 boleh membaca, menulis dan mengira sebaik sahaja tamat tahun 3.
3. Semua murid tahun 4 boleh membaca, menulis dan bertutur Bahasa Inggeris sebaik sahaja tamat tahun 4.
4. Semua murid tahun 5 lulus subjek teras sebaik sahaja tamat tahun 5.
5. Semua tetamu yang datang akan diberi layanan yang baik.
6. Semua permohonan bantuan akan dipertimbangkan secara adil berdasarkan syarat yang ditetapkan.
7. Semua pengesahan perkhidmatan guru dalam tempoh 1 hingga 3 tahun.
8. Semua guru akan mengajar mengikut opsyen masing-masing.
9. Prestasi guru berdasarkan kecemerlangan perkhidmatan guru dan kejayaan murid.
10. Semua dasar KPM dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.
11. Sekolah akan memastikan semua dasar kerajan beroleh kejayaan.



PERATURAN SEKOLAH

1.   Setiap murid mestilah menjaga moto sekolah "BERILMU BERBAKTI".
2.   Setiap murid menstilah menurut perintah Guru Besar, guru-guru, pengawas, ketua darjah dan peraturan-peraturan sekolah.
3.   Setiap murid mestilah memakai pakaian seragam sekolah yang dilengkapkan dengan lencana dan tag nama. memakai pakaian sukan semasa subjek Pendidikan Jasmani.
4.   Panjangnya pakaian seragam mestilah bersesuaian.
5.   Murid-murid tidak dibenarkaan memakai pakaian seragam sekolah atau t-shirt sekolah di luar sekolah kecuali menghadiri kegiatan yang berkaitan dengan aktiviti sekolah.
6.   Kasut dan sarung kaki berwarna putih kecuali pengawas, berkasut hitam.
7.   Memakai barang kemas seperti gelang tangan dan rantai ke sekolah tidak dibenarkan sama sekali.
8.   Rambut hendaklah kemas dan bersih. Jika panjang rambut melepasi bahu, hendaklah diikat kemas dengan pengikat rambut berwarna hitam sahaja. Klip rambut yang beraneka bentuk dan warna juga tidak dibenarkan.
9.   Kuku hendaklah sentiasa pendek dan dijaga bersih. Kuku tidak boleh diwarnakan.
10. Jika ada pertukaran kelas, bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, hendaklah dalam keadaan pantas, senyap dan dalam barisan.
11. Murid-murid dikehendaki bergerak dalam barisan teutamanya semasa naik / turun tangga. Ikut arah anak panah semasa menggunakan tangga.
12. Murid hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar secara bertulis untuk menjual / mengedar sebarang buku atau majalah di sekolah.
13. Murid-murid diminta menjaga kebersihan kawasan sekolah.
14. Buku-buku tidak dibenarkan tinggal di atas/ di dalam meja selepas waktu persekolahan.
15. Gunakan Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi bersama rakan di dalam kelas / kawasan sekolah. Bahasa Cina / Tamil hanya boleh digunakan ketika mengikuti mata pelajaran tersebut sahaja.
16. Murid-murid tidak dibenarkan membawa cermin muka, pisau, pembaris besi, gunting penghujung tajaam, pensel mekanikal dan benda-benda tajam ke sekolah demi keselamatan diri dan rakan-rakan.
17. Untuk mengelakkan kes kecurian / wang hilang, digalakkan membawa wang saku tidak melebihi RM5.00 untuk murid Tahap 2 dan RM3.00 untuk murid Tahap 1.
18. meminjam wang daripada rakan adalah dilarang sama sekali.
19. Murid tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah melainkan dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah.
20. Sebelum ibu bapa / waris membawa pulang anak atas sebab-sebab yang penting, hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah.
21. Murid-murid tidak boleh mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan di luar sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.
22. Masa balik:
      a.  Semua murid dikehendaki menunggu di kawasan yang dibenarkan sahaja.
      b.  Gunakan laluan melintas yang sepatutnya bila melintas jalan.
      c.  Waris murid diminta datang awal untuk mengambil anak masing-masing.
      d.  Guru bertugas hanya akan berada di sekolah sehingga jam 1.30 tengah hari sahaja. Selepas masa tersebut, keselamatan murid adalah di bawah tanggungjawab waris.

23. Elakkan daripada membawa makanan ringan semasa datang ke sekolah.
24. Murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab kesihatan, mesti membawa surat doktor atau surat daripada ibu bapa.
25. Ibu bapa / penjaga yang ada urusan dengan pihak sekolah diminta berpakaian kemas dan bersopan.
26. Ibu bapa / waris atau abang / kakak tidak dibenarkan memarahi, mengugut atau memukul murid lain di kawasan sekolah.




Discipline is learnt in the school of adversity.

- Mahatma Gandhi -










PIAGAM PELANGGAN



Bahawa kami warga SK St. Paul dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada:


MURID:
1. Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
2. Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama.
3. Pertukaran keluar masuk akan diuruskan dalam tempoh 2 hari.
4. Bantuan akan diberikan kepada yang layak.
5. Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan bagi yang layak.


STAF:
1. Bekerja dalam suasana kondusif.
2. Memastikan emolumen diberikan dalam tempoh 3 bulan.
3. Memastikan pengesahan jawatan dalam tempoh 1 hingga 3 tahun.
4. Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri.
5. Mengajar mengikut opsyen (seberapa yang mungkin).
6. Maklumat pekeliling perkhidmatan dihebahkan mengikut kehendak stakeholder.
7. Diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab secara profesional.


WARIS:
1. Akan dilayan sama adil tanpa mengira status.
2. Setiap aduan akan disiasat dan diselesaikan dengan segera.
3. Memberi pertimbangan yang adil demi pemantapan akademik dan pendidikan anak-anak.


STAKE HOLDER
1. mematuhi arahan KPM, JPN dan PPD.
2. Mengambil tindakan terhadap semua surat-menyurat dan arahan diterima mengikut kehendak stakeholder.






LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta



LAGU NEGERI PERAK

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan negeri dan Sultan



LAGU SEKOLAH

Di sini tempat jadi tujuan
Mencari ilmu pengetahuan
Untuk menjadi orang berguna
Pada bangsa dan negara

Usaha gigih guru-guru kami
Sudah cukup dijadikan bukti
Ibu bapa bekerjasama demi sekolah tercinta

Belajar, berusaha
Tiap detik ketika
Belajar, berbakti
Pada ibu pertiwi

SK St. Paul tetap abadi 
Mencurah segalanya bakti
Agar menjadi pelajar cemerlang
Memberi cahaya gemilang (2X)

No comments:

Cari