Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

HEM

VISI UNIT HAL EHWAL MURID

Kemenjadian murid yang seimbang dan menyeluruh, bersahsiah tinggi, bersikap positif dan unggul dalam semua bidang.


MISI UNIT HAL EHWAL MURID

Membudayakan penglibatan aktif murid-murid dan guru-guru dalam pembentukans ahsiah untuk kemenjadian murid yang seimbang dan menyeluruh dalam;

1. Melengkapkan murid dengan ilmu dan kemahiran untuk memantapkan perkembangans ahsiah, bermotivasi, bercita-cita dan mempunyai keazaman.
2. Memberi peluang penglibatan program hal ehwal murid kepada warga sekolah.
3. Aktiviti yang tersusun dan sistematik serta mampu menyemai sikap berdisiplin dan berkepimpinan yang tinggi.
4. Pelibatan dalam setiap acara yang dipertandingkan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun antarabangsa.
5. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia dan beketrampilan.
6. Menyediakan sumber manusia berkemahiran tinggi untuk membangunkan negara.
7. Membentuk bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
8. Memantapkan sistem pengurusan murid agar bersistematik.
9. Menjaga kebajikan murid dalam sahsiah dengan memenuhi keperluan mereka di sekolah.
10. Memastikan murid aktif dan selamat di sekolah.


PIAGAM PELANGGAN UNIT HAL EHWAL MURID

Kami warga SK St. Paul akan berusaha sedaya upaya untuk;

1. Berusaha menjadikan Sekolah Kebangsaan St. Paul sebagai tempat yang kondusif dan selamat bagi semua warga sekolah.
2. Memberi perkhidmatan yang mesra, cepat dan cekap kepada semua pihak yang berurusan dengan sekolah.
3. Mementingkan peningkatans ahsiah yang optima dalam kalangan murid dan warga sekolah.
4. Melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berketrampilan dengan mematuhi peraturan dan budaya sekolah serta menghayati Prinsip-prinsip Rukun Negara.
5. Tempoh masa taklimat tidak melebihi 30 minit.
6. Tempoh masa mesyuarat tidak melebihi dua jam.
7. Menyelesaikan aduan sahsiah murid dalam masa tiga hari bekerja (sekolah).



No comments:

Cari