Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

KOKURIKULUM

VISI UNIT KOKURIKULUM

Merealisasikan Kokurikulum dan Sukan Ke Arah Kemenjadian Murid menjelang 2021.


MISI UNIT KOKURIKULUM

Membudayakan penglibatan aktif murid-murid dan guru-guru dalam aktiviti kokurikulum serta sukan bagi melahirkan murid-murid serta atlet yang cemerlang dalam;

1. Aktiviti yang tersusun dan sistematik serta mampu menyemai sikap berdisiplin dan kepimpinan yang tinggi.
2. Penglibatan dalam setiap acara yang dipertandingkan sama ada di peringkat sekolah, kelompok, daerah, negeri, negara mahu pun antarabangsa dengan semangat juang yang tinggi.
3. Memberi peluang penglibatan aktiviti kokurikulum kepada warga sekolah.
4. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia dan berketrampilan.
5. Menyediakan sumber manusia berkemahiran tinggi untuk membangunkan negara.
6. Membentuk bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
7. Memantapkan sistem pengurusan murid agar bersistematik.
8. Menjaga kebajikan murid dalam kokurikulum dengan memenuhi keperluan mereka di sekolah.
9. Memastikan murid aktif dan selamat dalam kegiatan kokurikulum.


PIAGAM PELANGGAN UNIT KOKURIKULUM

Kami warga SK St. Paul akan berusaha sedaya upaya untuk;

1. Berusaha menjadikan Sekolah Kebangsaan St. Paul sebagai tempat yang kondusif dan selamat bagi semua warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum.
2. Memberi perkhidmatan yang mesra,c epat dan cekap kepada semua pihak yang berurusan denfan sekolah.
3. Mementingkan tahap penglibatan yang optima dalam kalangan murid dan warga sekolah.
4. Melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berketrampilan dengan memathui peraturan dan budaya sekolah serta menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.
5. Tempoh masa taklimat tidak melebihi 30 minit.
6. Tempoh masa mesyuarat tidak melebihi dua jam.
7. Menyelesaikan aduan mengenai kokurikulum dan sahsiah murid dalam masa tiga hari bekerja (sekolah).

No comments:

Cari