Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

LINUS


         PENGENALAN

Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya  diagnosis dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah.

Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan Instrumen Saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi dan Numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.

Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy dan Numeracy Screening  atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi sejajar dengan defenisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan.


FASA PELAKSANAAN

Tiga saringan LINUS , iaitu Saringan 1, Saringan 2 dan Saringan 3 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 1, tahun 2012.

Saringan 4, Saringan Khas (Tahun 2) dan Saringan 6 pula akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 2, 2012.

Saringan Khas (Tahun 3), Saringan 8 dan Saringan 9 pula dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 3, 2012.


JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN LITERASI DAN NUMERASI BAGI TAHUN 2012

AKTIVITI
SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4
SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8
SARINGAN 3, SARINGAN 6 DAN SARINGAN 9
Saringan Membaca
27 Februari – 31 Mac
17 Jun – 13 Julai
23 Sept – 12 Okt
Saringan
Menulis
3 April – 8 April
15 – 20 Julai
14 Okt – 19 Okt
Memasukkan Data Saringan
11 April – 22 April
23 Julai– 3 Ogos
22 Okt – 2 Nov


          PENTADBIRAN

1              Instrumen Saringan Literasi mengandungi 12 konstruk.
2              Instrumen ini ditadbir oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan.
3              Instrumen Saringan Literasi Membaca ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (tidak melebihi 3 orang murid).
4              Instrumen Saringan Literasi Menulis pula ditadbir secara kelas.
5              Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.
6              Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid dalam Saringan Literasi Membaca sahaja.
7              Dicadangkan guru duduk bersebelahan dengan murid ketika pentaksiran Saringan Literasi Membaca dilaksanakan.

KAEDAH PELAKSANAAN

Kedua-dua Instrumen Saringan Literasi, iaitu Instrumen Saringan Literasi Membaca dan Instrumen Saringan Literasi Menulis dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Instrumen saringan berserta manual pengendaliannya disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah dalam bentuk CD.

            Proses saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

  
          PROSES PEMANTAUAN

Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, yang diketuai oleh  Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan pelaksanaan Program LINUS di sekolah dari semasa ke semasa.


          ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PEMBINAAN INSTRUMEN SARINGAN

Antara aspek penting yang diberi penekanan dalam proses perekaan bentuk saringan ialah:-

                       Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara, iaitu relevan dan cakupan. Pereka bentuk instrumen saringan ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.


                  Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Hal ini untuk memastikan ketetapan instrumen saringan.


                  Kebolehlaksanaan

Instrumen Saringan Literasi membaca dan menulis ini telah mengambil kira semua aspek bagi memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.


                  Penjamin Kualiti

Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme bukan sahaja semua 12 konstruk dapat direalisasikan tetapi juga menepati kualiti yang dihasratkan.



          BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU

1       Pentaksir hendaklah melengkapi Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran dijalankan.
2              Borang pelaporan penguasaan individu mengandungi 12 konstruk.
3       Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab item dalam Saringan Literasi membaca dan Saringan Literasi menulis.

Pentaksiran perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang disediakan mengikut respons murid. Tahap penguasaan minimum membaca dan menulis yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 




LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. 

12  KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.



NUMERASI

Keupayaan untuk mengenal dan menulis angka, melakukan pengiraan serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

12  KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata
wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik
dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
dan sebaliknya
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan
ukuran panjang




No comments:

Cari