Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

KURIKULUM




VISI UNIT KURIKULUM

Merealisasikan Kemenjadian Murid dalam kurikulum menjelang 2021.
 

MISI UNIT KURIKULUM 
 

Membudayakan penglibatan aktif murid-murid dan guru-guru dalam program kurikulum melalui;

1. Aktiviti yang tersusun dan sistematik serta mampu menyemai sikap berdisiplin dan kepimpinan yang tinggi.
2. Mengurus dan melaksana pelbagai kaedah dalam persekitaran PdPc yang sihat sejajar transformasi pendidikan negara.
3. Memberi peluang penglibatan aktiviti kurikulum kepada warga sekolah.
4. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia dan berketrampilan. 
5. Menyediakan sumber manusia berkemahiran tinggi untuk membangunkan negara.
6. Membentuk bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
7. Menjaga kebajikan murid dalam kurikulum dengan memenuhi keperluan mereka di sekolah.
8. Memastikan murid aktif dan selamat dalam kegiatan kurikulum.


PIAGAM PELANGGAN UNIT KURIKULUM 

Kami, warga SK St. Paul akan berusaha sedaya upaya untuk;

1. Berusaha meningkatkan pengurusan kurikulum berkesan.
2. Memberi perkhidmatan yang mesra, cepat dan cekap kepada semua pihak yang berurusan dengan sekolah.
3. Mementigkan tahap penglibatan yang optima dalam kalangan murid dan warga sekolah.
4. Melahirkan murid yang berdisiplin, berkahlak mulia dan berketrampilan dengan mematuhi peraturan dan budaya sekolah serta menghayati Prinsip-prinsip Rukun Negara.
5. Tempoh masa taklimat tidak melebihi 30 minit.
6. Tempoh masa mesyuarat tidak melebihi dua jam.
7. Menyelesaikan aduan mengenai kurikulum dalam masa tiga hari bekerja (sekolah).
8. Membina rangkaian guru-guru yang kreatif dan inovatif.
9. Meningkatkan peratus murid menguasai semua mata pelajaran.
10. Meningkatkan kemahiran pedagogi guru supaya lebih berkesan.



No comments:

Cari