Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

2014-01-16 Majlis Perpisahan PK HEM Puan Zubidah

PK HEM SK St. Paul, Puan Hajah Zubidah binti Haji Musa, telah bertukar ke SK Changkat Tin. Pada 16 Januari 2014, warga SK St. Paul telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk beliau.



Majlis bermula pada jam 7.40 pagi. Semua murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan. 





Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, iaitu guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Ustazah Aida dan Teacher Umi.


Kemudian, wakil BAKEPS, Encik Khairul Aznam memberikan ucapan bagi pihak guru-guru SK St. Paul.


Wakil perkerja, Encik Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Hamid turut memberikan ucapan. Pak Hamid seperti biasa menghadiahkan pantun untuk Puan Hajah Zubidah.

 Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK St. Paul, Tuan Haji Razali bin Zakaria. Beliau menyampaikan rasa penghargaan warga St. Paul terhadap sumbangan dan jasa Puan Zubidah selama beliau berkhidmat di sini.



Satu tayangan slaid telah ditayangkan untuk tatapan warga St. Paul. Slaid hasil usaha Teacher Umi. Slaid tersebut  menyingkap semula memori Puan Zubidah selama berada di St. Paul.


 Kemudian, insan yang diraikan, Puan Hajah Zubidah pula menyampaikan ucapan. Beliau menyatakan rasa penghargaan terhadap seluruh warga St. Paul yang memberikan kerjasama sepanjang beliau berkhidmat di St. Paul.

Beliau turut mendeklamasikan sebuah sajak khas untuk anak-anak didik di St. Paul.



Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kenang-kenangan daripada warga St. Paul.

Hadiah daripada kelas Tahun 1.



Hadiah daripada kelas Tahun 2


Hadiah daripada kelas Tahun 3


Hadiah daripada kelas Tahun 4

Hadiah daripada kelas Tahun 5


Hadiah daripada kelas Tahun 6





 

 Hadiah daripada BAKEPS


Hadiah daripada PIBG


Hadiah daripada Kedai Buku


Hadiah peribadi daripada Puan Seniyati.


Hadiah daripada murid-murid.

Sebelum majlis tamat, Puan Zubidah bersalaman dengan murid-murid.


Kami  warga St. Paul mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan Puan Zubidah terhadap SK St. Paul dan warganya. Allah saja dapat membalasnya. Semoga Puan Zubidah gembira berkhidmat di tempat baru. Kami akan sentiasa mengingati dan mendoakan beliau.

Salam Perpisahan.

No comments: