Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

2012-10-03 Raptai Sukan

Pada 3 Oktober 2012 bersamaan hari Rabu telah diadakan raptai sukan sebagai persediaan untuk Temasya Sukan Tahunan kali ke-42 SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Raptai bermula pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi serta melibatkan semua guru dan murid.

Selepas acara perbarisan, acara lari berganti-ganti telah diadakan.

Tahun 1 dan 2 = 4x30
Tahun 3 dan 4 = 4x100
Tahun 5 dan 6 = 4x100


Tujuan raptai untuk acara ini diadakan adalah untuk mengira masa acara berlangsung di samping memberi latihan kepada murid-murid terutama murid tahun 3 yang pertama kali menyertai acara 4x100 supaya acara ini akan berjalan lancar semasa temasya sukan berlangsung kelak.


Murid-murid yang menyertai acara ini berkumpul dan berbaris mengikut acara yang disertai.



Setiausaha sukan, Encik Shukri melakukan tunjuk cara bagaimana pelari pertama memulakan larian serta cara memberi dan menerima baton.



Walaupun sekadar latihan, murid-murid tetap berlari dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh.



Raptai pada hari ini berjalan lancar walaupun tidak sempat melakukan raptai penuh. Raptai akan bersambung pada keesokan hari.




Jurugambar:
Cik Elly Yuzreeza binti Othman
Guru SK St. Paul

No comments:

Cari