Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

2012-11-08 Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah


Pada 8 November 2012 bersamaan hari Khamis, telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) dan Konvokesyen Prasekolah sesi 2012.

 

Hari Anugerah ini adalah bertujuan memberi penghargaan ke atas pencapaian murid-murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan pada hujung bulan Oktober yang lepas. Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada murid-murid yang memberi sumbangan kepada sekolah. Tokoh-tokoh dalam bidang tertentu juga dipilih seperti Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Membaca, Tokoh 1 Malaysia dan Tokoh Murid. Murid-murid yang dipilih merupakan murid yang boleh dijadikan contoh teladan kepada murid-murid lain.

Master of ceremony (MC) atau pengerusi majlis untuk Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini adalah Encik Wan Rahizul bin Wan Salleh dan Cik Khairunnisak binti Mior Aziz. Tahun ini merupakan tahun kedua untuk Cik Khairunnisak dan pengalaman sebelum ini memberi banyak kemudahan kepadanya untuk mempengerusikan majlis dengan baik sekali. Walaupun Encik Wan Rahizul baru pertama kali menjadi pengerusi majlis tidak menghalangnya memberikan yang terbaik. Gandingan mantap ini sesungguhnya melancarkan perjalanan perjalanan majlis dari mula hingga akhir. Tahniah dan terima kasih diucapkan.

Tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis adalah ADUN Parlimen Kampar, Dato' Lee Chee Leong tetapi beliau tidak dapat hadir kerana sedang bercuti. Beliau diwakili oleh pembantu khasnya, Encik Chang Gwo Chang. Encik Chang Gwo Chang menyatakan rasa gembiranya melihat kejayaan murid-murid di SK St. Paul dan berbesar hati memberi sumbangan untuk Pusat Sumber Sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Encik Chang Gwo Chang.


Encik Chang Gwo Chang juga turut sudi menjayakan Konvokesyen Prasekolah sesi 2012.



Majlis berhenti rehat dengan persembahan Action Song daripada 15 murid tahun 3 yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan Action Song sebelum ini. Kumpulan ini dibimbing oleh Cik Khairunnisak.


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pencapaian akademik.


Majlis berhenti rehat sekali lagi dengan persembahan Bicara Berirama oleh murid-murid tahap 2. Pasukan ini telah mewakili sekolah dalam pertandingan Bicara Berirama peringkat daerah dan mendapat tempat ketiga. Pasukan ini di bawah bimbingan Puan Norizam dan diketuai oleh adik Mohd Afiq bin Nurul Rashidi.


Adik Mohd Afiq bin Nurul Rashidi telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid untuk tahuh 2012. Pemilihannya adalah berdasarkan pencapaian beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum, sumbangan kepada sekolah dan sahsiahnya sebpanjang menjadi murid di SK St. Paul. Kejayaannya turut diraikan oleh ibu dan neneknya. Tahniah diucapkan


Persembahan terakhir adalah daripada murid-murid prasekolah yang mencuit hati penonton dengan kostum, gaya dan nyanyian mereka. Murid-murid ini dibimbing oleh guru prasekolah, Encik Mohd Shukri.



Selepas berakhirnya majlis, guru-guru dan staff sekolah menikmati jamuan yang disediakan.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Kovokesyen Prasekolah bagi tahun 2012. Sesungguhnya, dengan kerjasama semua pihak barulah majlis ini dapat berjalan dengan lancar.




Jurugambar:

Puan Zubidah

dan

Cik Elly Yuzreeza


No comments:

Cari