Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

2012-11-09 Upacara SETEM

Pada 9 November 2012 bersamaan hari Jumaat telah diadakan upacara SErah dan TErima Murid (SETEM). Upacara ini sebagai metafora yang melambangkan murid telah naik kelas untuk sesi tahun depan. Upacara ini melibatkan guru kelas bagi sesi tahun ini menyerahkan murid-muridnya kepada guru kelas tahun berikutnya, contohnya guru kelas tahun 1 menyerahkan murid-muridnya kepada guru kelas tahun 2 dan seterusnya. Puan Zubidah binti Musa, PK HEM mengelolakan upacara ini.

Upacara ini bukan semata-mata menyerahkan murid, tetapi juga menyerahkan segala tanggungjawab dan amanah untuk menjaga daan mendidik murid-murid tersebut. Walaupun guru kelas untuk tahun depan belum ditentukan, guru-guru kelas tahun ini memainkan peranan untuk menjayakan upacara ini. Guru-guru kelas juga memberikan sepatah dua kata, meluahkan perasaan sepanjang menjalankan tugas sebagai guru kelas bagi tahun ini dan menyatakan harapan mereka setelah murid-murid yang dianggap seperti anak sendiri itu naik kelas. Kemudian guru-guru akan bersalaman sesama sendiri diikuti dengan murid-murid yang bersalaman dengan guru kelas lama dan guru kelas baru.








Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan upacara yang menjadi tradisi khas St. Paul ini. Semoga tradisi yang unik ini akan diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.




Jurugambar:

Cik Nurshahrima

No comments:

Cari