Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang ke blog rasmi SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Blog ini adalah untuk dijadikan rujukan para guru, ibu bapa dan murid-murid serta sesiapa sahaja yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti di SK St. Paul, Tg. Tualang, Perak. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan mengenai blog ini.

Buletin

Guru bertugas pada minggu ini adalah Cikgu Wan dan Cikgu Shukri.


Pada hari Rabu ini akan diadakan Majlis Perpisahan mantan PK1, Encik Azahari bin Che In.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

2012-09-29 Pameran PSV & Kreativiti

Pada 29 September 2012 bersamaan hari Sabtu, telah diadakan Pameran PSV dan Kreativiti bertempat di Pondok Bacaan Sekolah, SK St. Paul. Pameran ini dianjurkan oleh Puan Seniyati @ Rahayah binti Daeng, PK Pentadbiran SK St. Paul di bawah Program Laman Ilmu.

Puan Seniyati telah bertungkus-lumus menghias Pondok Bacaan Sekolah dan dibantu oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6.

Pelbagai hasil kreativiti karya murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 di samping karya beliau sendiri telah dipamerkan.











Pameran PSV & Kreativiti ini dirasmikan oleh Puan Hajah Noraini binti Mohd Junid, Guru Besar SK St. Paul. Beliau turut mengambil peluang melihat air tangan Puan Seniyati dan murid-murid yang sangat berbakat dalam bidang seni.










Murid-murid lain turut berpeluang untuk mengunjungi pameran secara bergilir-gilir mengikut kelas. Mereka sangat kagum melihat karya yang sungguh indah dan menarik. Malah, ada murid yang menyimpan hasrat untuk menghasilkan karya yang menarik seperti yang dipamerkan.










Tahniah diucapkan kepada Puan Seniyati kerana berjaya mengadakan Pameran PSV & Kreativiti yang sungguh menarik. Selain dapat mencungkil bakat murid-murid, pameran ini juga dapat memupuk minat murid-murid lain terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Semoga dengan adanya pameran seperti ini, dapat menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan selain membuka mata murid-murid tentang keindahan seni kreativiti, insyaALLAH.





Jurugambar:

Puan Hajah Zubidah binti Musa
PK HEM

Cik Elly Yuzreeza binti Othman
Guru


No comments:

Cari